Pantun Teka Teki

Pergi ke kedai membeli cili,
Cili dibeli dikedai Pak Anjang,
Apakah nama binatang ini,
Telinga lebar hidung panjang.

Pergi ke kedai membeli cili,
cili dibeli berkati-kati,
Apakah nama binatang ini,
mempunyai taji pada kaki.

Pergi kekedai berjalan kaki,
Berjalan kaki penat sekali,
Apakah nama binatang ini,
Badanya penuh dengan duri.

Jawapannya

Pergi ke kedai membeli kacang,
Kacang dibeli bersama cili,
Telinga lebar hidungnya panjang,
Tentulah gajah binatang ini.

Pergi ke kedai Pak Yahya,
Pergi ke kedai berjalan kaki,
Binatang ini mudah jawabnya,
Sudah tentu ayam bertaji dikaki.

Pergi ke kedai berjalan kaki,
berjalan kaki jauh sekali,
Badannya penuh dengan duri,
Tentulah landak binatang dicari.


Original source : Pantun Teka Teki